KAMI MENCARI PENAJA YANG DERMAWAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMBANGUN FRSARANA SEKOLAH SERTA MEMEPERTINGKAT INOVASI DEMI KEBAIKAN WARGA SEKOLAH. SILA HUBUNGI BENDAHARI 0177839225. TAJAAN ANDA AMAT KAMI HARGAI. TERIMA KASIH

Thursday, September 20, 2018

MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN SISTEM E- KEHADIRAN DAN MAKLUMAT PELAJAR SERTA HARI KOMUNITI SATAT 2018







MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SISTEM E- KEHADIRAN & MAKLUMAT PELAJAR SERTA HARI KOMUNITI BERSAMA SATAT 2018 /1440H

Tarikh : 23/9/2018(Ahad)

MASA : 8.30 PG- 3.30 PTG

Sasaran : Semua ibu bapa, pelajar, warga guru & tuan/ puan diluar sana yg sudi hadir

Acara menarik :-

1. PERTUNJUKAN KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH DAN SIMULATOR 

2. NOTA DAN PAMERAN AADK

3. PAMERAN BOMBA

4. KLINIK KESIHATAN DAN KOSPEN - PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

5. BOOTH YPJ 

6. BOOTH KOLEJ KOMUNITI DEMO UKIR BUAH

7. GERAI JUALAN 

CABUTAN BERTUAH

ISTIMEWA...
ISTIMEWA...
13 HADIAH Istimewa :-

3 SISTEM KAWALAN KESELAMATAN & ANTI KECURIAN RUMAH

6 ROBOT KUASA SOLAR

2 KERETA KUASA GARAM

2 SISTEM ANTI KECURIAN BASIKAL & MOTORSIKAL

DAN BANYAK LAGI PELBAGAI HAMPER MENANTI ANDA...


IBU BAPA DIGALAKKAN HADIR UNTUK MENDAPATKAN USERNAME DAN PASSWORD

( HANYA DIBERI KEPADA IBU BAPA ATAU PENJAGA ANAK ANAK  PELAJAR SAHAJA)

Friday, September 14, 2018

Sesi Latihan Demonstrasi Kapal Terbang Kawalan Jauh Sempena Hari Perasmian Sistem E-Kehadiran Dan maklumat Pelajar Satat 2018 / 1440H


Ter

Sesi Latihan Demontrasi sempena hari Perasmian Sistem E-kehadiran dan Maklumat Pelajar dan Hari Komuniti Satat 2018 / 1440 H, dilaksanakan dengan jayanya dan anak-anak pelajar dapat mempelajari tentang teknologi aircraft ini.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Badruddin Bin Abu Bakar dari Persatuan Peminat Aerofly Johor yang berbesar hati memberi pendedahan serta maklumat mengenai permainan kawalan jauh ini yang pastinya akan memberi inspirasi kepada anak-anak pelajar SATAT untuk menceburi bidang aeroangkasa ataupun kejuruteraan udara.

Semua Ibu Bapa Warga Satat diminta hadir untuk mendapatkan username dan password dari pihak sekolah pada hari perasmian agar dapat memasuki sistem dan memantau kehadiran dan prestasi anak-anak supaya sentiasa cemerlang.

MAJLIS PERASMIAN SISTEM E-KEHADIRAN DAN MAKLUMAT PELAJAR SERTA  HARI KOMUNITI SATAT 2018

TARIKH 23 SEPT 2018
JAM 8.30 PAGI - 3.30 PETANG!!!

Hadiah hebat berteknologi tinggi akan menjadi kepunyaan ibubapa dan pelajar bertuah pada hari itu.!!!!!!

1. Sistem Penggera Anti Kecurian Rumah (3 set)

2. Sistem Anti Kecurian Basikal dan Motorsikal (2 set )

3. Robot berkuasa solar TENAGA MATAHARI (6 set )

4. Kereta DIY kuasa garam ( 2 Set )

5. Hamper hamper dari penaja.


SAMBUTAN 100 TAHUN HARI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM



Tarikh Sambutan : 13 - 20 September 2018 / 1440H

Thursday, September 13, 2018

Suasana Lepas Sesi Persekolahan. Lihatlah anak-anak kita ini.



Suasana lepas persekolahan adalah waktu yang sentiasa ditunggu tunggu oleh anak pelajar. Walaupun waktu belajar dah tamat guru akan terus ingat mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga tatasusila.

Tahniah kepada Ustazah Zarina dan guru-guru sekolah kita. Jasa kalian mendidik anak anak kami hanya Allah sahajalah dapat memberi ganjarannya. Terima Kasih Cikgu.

Monday, September 10, 2018

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN 1440 H

DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN HIJRAH



Berikut adalah doa akhir tahun dan doa awal tahun yang boleh dibacakan menjelang bergantinya tahun baru nanti.



Doa Akhir Tahun Beserta Maksud

Doa akhir tahun boleh dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Berikut adalah doanya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ

وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.



Doa Awal Tahun Beserta Maksud

Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas masuknya waktu Maghrib, iaitu apabila tibanya 1 Muharram.

Berikut adalah doanya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.

Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.