Selamat Datang Kepada Ibu Bapa Sekelian.
Halaman ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan juga tutorial bagaimana untuk akses ke Sistem E -Kehadiran dan Maklumat Pelajar Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara.
Sistem E-Ekehadiran dan maklumat pelajar ini adalah sebuah sistem yang dibangun untuk mengambil, dan memantau kehadiran serta laporan mengenai anak-anak pelajar. Melalui sistem ini, ibu bapa dapat maklumat secara langsung dari pihak sekolah dan guru mengenai laporan anak mereka. Ibu bapa digalakkan untuk senantiasa memantau laporan kehadiran dan maklumat anak masing-masing melalui pelbagai device seperti desktop, laptop, notebook, netbook,tab mahupun handphone dan jika terdapat kemusykilan segera berhubung dengan guru kelas anak-anak. Ibu bapa juga diingatkan untuk update no telefon kerana sistem ini juga akan menghantar maklumat dan berita penting melalui sms,
DAPATKAN USERNAME DAN PASSWORD ANDA PADA HARI PELANCARAN PERASMIAN SISTEM E-KEHADIRAN DAN MAKLUMAT PELAJAR SERTA HARI KOMUNITI SATAT PADA 23 SEPTEMBER 2018. JIKA ADA KESULITAN SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH
Para ibu bapa sekelian, sistem kehadiran ini akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun hadapan awal bulan Januari 2019. Namun sebagai peringkat percubaan untuk membolehkan ibu bapa terbiasa dengan sistem, sistem akan mula beroperasi pada 1 Oktober 2018. Berikut adalah tatacara bagaimana untuk akses ke sistem tersebut.
Langkah Pertama Sila ke alamat
TEKAN DI SINI UNTUK KE SISTEM E-KEHADIRAN DAN MAKLUMAT PELAJAR
Langkah Kedua sila tekan butang log masuk
Langkah ketiga msukksn username dan password yang diberikan
No comments:
Post a Comment