KAMI MENCARI PENAJA YANG DERMAWAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMBANGUN FRSARANA SEKOLAH SERTA MEMEPERTINGKAT INOVASI DEMI KEBAIKAN WARGA SEKOLAH. SILA HUBUNGI BENDAHARI 0177839225. TAJAAN ANDA AMAT KAMI HARGAI. TERIMA KASIH

MOHON PENAJAAN

Image result for sponsorship


Image result for assalamualaikum jawi PNG

MOHON PENAJAAN UNTUK MENAIKTARAF INOVASI PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA TAMAN ANGGERIK TENGGARA





Dato/Datin,Haji/HajahTuan/Puan,


PERMOHONAN PENAJAAN UNTUK MENAIKTARAF FRASARANA DAN INOVASI SEKOLAH AGAMA TAMAN ANGGERIK TENGGARA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.

Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara, dengan ini memohon tajaan daripada syarikat ataupun individu yang perihatin  untuk membantu kami menaiktaraf frasarana dan meningkatkan inovasi sekolah kami.


Pembaharuan inovasi yang akan diadakan di sekolah kami adalah

·         Sistem Pengurusan E-kehadiran dan maklumat pelajar.
·         Talian internet Sekolah
·         Papan Elektronik Led bermaklumat (Outdoor)
·         Sistem CCTV secara online
·         Naiktaraf sistem dan pengurusan pondok pos kawalan sekolah


Sehubungan dengan itu, pihak kami telahpun memulakan penambahbaikan bagi tujuan diatas namun kami masih lagi mengharapkan penajaan untuk menampung kos dan perbelanjaan bagi memastikan sistem pengurusan maklumat serta pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan demi memberi kemudahan, keselesaan dan keselamatan kepada warga guru, pelajar serta ibu bapa. Mudah-mudahan penajaan dari pihak tuan / puan akan dapat membantu kami untuk terus mendidik dan melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dunia dan akhirat.


Sebagai tanda terima kasih kami kepada para penaja untuk sekolah kami, anak-anak pelajar kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk setiap penaja kami. Tambahan lagi kami akan mempamerkan logo serta nama syarikat dan individu yang bermurah hati membantu kami dengan menyenaraikan nama syarikat dan perniagaan dalam senarai Baitul Hasanah kami di website dan juga di Facebook rasmi kami. Ini adalah tanda kesyukuran dan penghargaan kami kepada para penaja sekolah kami.


Sekiranya pihak tuan / puan ingin memberi  tajaan atau menyumbang kepada sekolah kami silakanlah kiranya dapat disalurkan tajaan ke akaun

MAYBANK
551164608815
BDN KEBAJIKAN SEK AGAMA TMN ANGGERIK TENGGARA

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bendahari badan Kebajikan 0177839225


Semoga permohonan kami ini akan dapat perhatian sewajarnya  dari pihak tuan / puan demi pembangunan, kecemerlangan dan kemajuan serta sahsiah pelajar-pelajar Sek Agama Taman Anggerik Tenggara. Sekian, terima kasih atas keperihatinan dan kesudiannya semoga tuan / puan sentiasa memperoleh barakah dan kejayaan.



Related image




No comments:

Post a Comment