KAMI MENCARI PENAJA YANG DERMAWAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMBANGUN FRSARANA SEKOLAH SERTA MEMEPERTINGKAT INOVASI DEMI KEBAIKAN WARGA SEKOLAH. SILA HUBUNGI BENDAHARI 0177839225. TAJAAN ANDA AMAT KAMI HARGAI. TERIMA KASIH

Wednesday, May 8, 2019

EXAM ALERT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
*Kepada Ibu Bapa / Penjaga*
*Murid-murid Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara*
Tuan/Puan,
*MAKLUMAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2019*
Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun bagi murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara sebagaimana ketetapan berikut:-
*Tarikh : 12 - 16 Mei 2019*
Tahap 2 : Peperiksaan dijalankan
Tahap 1 : Dicutikan
*(kecuali darjah 2&3 sesi pagi bersekolah seperti biasa, ini kerana sesi pagi tiada murid darjah 4,5&6)*
*Tarikh : 20 - 23 Mei 2019*
Tahap 2 : Dicutikan
Tahap 1 : Peperiksaan dijalankan
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan bersama-sama membimbing dan membantu pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak tuan/puan. Selain itu, pihak kami juga berharap agar pihak tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah disamping membawa alat tulis yang mencukupi semasa peperiksaan dijalankan.
Semoga kerjasama yang diberikan akan membantu anak tuan/puan meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan, terima kasih.
*Setiausaha Peperiksaan*
Sek. Agama Taman Anggerik Tenggara

Wednesday, April 24, 2019

MAJLIS GRADUASI DARJAH KHAS 2018 SEKOLAH AGAMA KOTA TINGGI ZON 1

MAJLIS GRADUASI DARJAH KHAS 2018 SEKOLAH AGAMA KOTA TINGGI ZON 1
CONGRATULATION TO SATAT'S GRADUATES.
Pada hari ini Majlis Graduasi Darjah Khas 2018 Sekolah Agama Kota Tinggi Zon 1 kali ke 2.
Majlis diadakan di Dewan Kejora Bandar Tenggara dan dirasmikan oleh Tuan Mohd Azlan Bin Hj Toriman Ahli Majlis MDKT.
Semua guru besar guru darjah khas, pengerusi badan kebajikan, ibu bapa dijemput bersama hadir untuk meraikan anak anak graduasi ini.
Semoga majlis ini akan memberi inspirasi kepada anak anak kita supaya berkekalan jiwa belajar untuk mempertingkat diri dalam pelajaran.
Tahniah kepada Pengerusi Persaga Ustaz Zainuddin dan Ajk pengelola program diatas kebaikan yang diberi.
Tahniah kepada guru guru darjah khas sekolah agama taman anggerik tenggara. Syabas jiga kepada ibu bapa anak anak yang bergraduasi.
#kejora

Sunday, April 21, 2019

HARI BERSAMA BOMBA


Hari ini adalah hari Bersama Bomba. Program ini akan memberi pendedahan dan pendidikan mengenai kebakaran dan apa perlu dilakukan sekiranya kebakaran berlaku.
Pada masa yang sama anak anak diajar cara menggunakan pemadam api yang betul.
Pihak sekolah menghargai atas kerjasama Oleh Pihak Bomba dari Unit Kota Tinggi yang memberi taklimat dan demo untuk anak anak kami di Sek Agama Taman Anggerik Tenggara. Semoga Allah akan memberkati dan merahmati tuan tuan semua dan sentiasa mendapat perlindungan dariNya.

Thursday, January 24, 2019

Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara Bil 1 2019


MESYUARAT AJK BDN KEBAJIKAN UNIT (1) BG TAHUN 2019, SESI 2018/ 2020

TARIKH : 23/1/2018- RABU

MASA: 8.00 MLM

TEMPAT: BILIK IBN QAYYIM, SATAT






Tuesday, January 1, 2019

Majlis Pengisytiharan & Penyerahan keputusan SDEA 2018 bagi calon Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara


Majlis Pengisytiharan & Penyerahan keputusan SDEA 2018 bagi calon
Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara

Hari/tarikh:
Isnin (31/12/2018)

Masa:
9.00 am - 11.00 a.m

TAHNIAH DARI KAMI AJK BKSA SATAT KEPADA SEMUA ANAK-ANAK PELAJAR KERANA BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE DARJAH KHAS 2019

TERUSKAN MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA KAMU KERANA MEREKA ADALAH
KUNCI KEJAYAAN MU JUA

Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Sek Agama Taman Anggerik Tenggara dan Majlis Kesyukuran Projek Keceriaan 2018


Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Sek Agama Taman Anggerik Tenggara dan Majlis Kesyukuran Projek Keceriaan 2018

🎈Tarikh : 30/12/2018
🎈Hari : Ahad
🎈Masa : 10.30am - 12.30pm
Terima Kasih kepada semua barisan ajk bksa satat,
para penyumbang dan para sukarelawan dari kalangan ibu bapa dan guru.

Maha Pasti semua kebaikan yang diberikan akan mendapat rahmat dan nikmat allah jua