KAMI MENCARI PENAJA YANG DERMAWAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMBANGUN FRSARANA SEKOLAH SERTA MEMEPERTINGKAT INOVASI DEMI KEBAIKAN WARGA SEKOLAH. SILA HUBUNGI BENDAHARI 0177839225. TAJAAN ANDA AMAT KAMI HARGAI. TERIMA KASIH

Wednesday, May 8, 2019

EXAM ALERT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
*Kepada Ibu Bapa / Penjaga*
*Murid-murid Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara*
Tuan/Puan,
*MAKLUMAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2019*
Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun bagi murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara sebagaimana ketetapan berikut:-
*Tarikh : 12 - 16 Mei 2019*
Tahap 2 : Peperiksaan dijalankan
Tahap 1 : Dicutikan
*(kecuali darjah 2&3 sesi pagi bersekolah seperti biasa, ini kerana sesi pagi tiada murid darjah 4,5&6)*
*Tarikh : 20 - 23 Mei 2019*
Tahap 2 : Dicutikan
Tahap 1 : Peperiksaan dijalankan
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan bersama-sama membimbing dan membantu pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak tuan/puan. Selain itu, pihak kami juga berharap agar pihak tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah disamping membawa alat tulis yang mencukupi semasa peperiksaan dijalankan.
Semoga kerjasama yang diberikan akan membantu anak tuan/puan meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan, terima kasih.
*Setiausaha Peperiksaan*
Sek. Agama Taman Anggerik Tenggara