KAMI MENCARI PENAJA YANG DERMAWAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMBANGUN FRSARANA SEKOLAH SERTA MEMEPERTINGKAT INOVASI DEMI KEBAIKAN WARGA SEKOLAH. SILA HUBUNGI BENDAHARI 0177839225. TAJAAN ANDA AMAT KAMI HARGAI. TERIMA KASIH

Wednesday, October 31, 2018

BORANG SPK ( MENGISI BORANG PINJAMAN KITAB BAGI MURID TAHUN 4 2019)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAKLUMAN

KEPADA SEMUA AJK BKSA DAN IBU BAPA YANG DIRAHMATI

PERKARA : MENGISI BORANG SPK - PINJAMAN KITAB TAHUN 4 2019


Kepada  ibubapa/ penjaga 
Murid-murid drj4 thn 2019
Diharap dapat mengisi  borang spk untuk mendapat pinjaman semua kitab darjah 4
Untuk pengesahan  tidak perlu ditandatangi kerana guru kelas / guru besar boleh tandatangan

Sekian harap maklum. Terima  kasih

SILA HEBAHKAN MAKLUMAN INI AGAR SEMUA IBU BAPA DAPAT MAKLUMAN. KERJASAMA ANDA SEMUA PASTI MENDAPAT KEBAIKAN



Sunday, October 21, 2018

ALIKHSAN SPORTS SDN BHD MEMBERI SUMBANGAN KEPADA 12 IBU TUNGGAL

Pada hari ini 18 oktober 2018 jam 3.30 petang di dewan sekolah agama taman anggerik tenggara badan kebajikan satat telah menganjurkan majlis dengan kerjasama Alikhsan Sports Sdn Bhd bagi menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal seramai 12 orang. Program sebegini adalah julung kali diadakan di Satat. Kami mengucapkan terima kasih kepada wakil syarikat En Abd Rahman Ali kerana telah dapat hadir dan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dan wang. Mudah-mudahan haktiviti sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak badan kebajikan dengan syarikat besar seperti alikhsan sports. Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada syarikat alikhsan sports sdn bhd dan penerima









Friday, October 19, 2018

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SATAT 2018

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Kepada Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh      : 21-25 Oktober 2018
 Tahap 1  : Peperiksaan Tahap 1 dijalankan
 Tahap 2  : Cuti

Tarikh      : 28-31 Oktober 2018
Tahap 1  : Cuti
Tahap 2  : Peperiksaan Tahap 2 dijalankan
(Darjah 6 sekolah spt biasa)

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan bersama-sama membimbing dan membantu pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak tuan/puan. Selain itu, pihak kami juga berharap agar pihak tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah disamping membawa alat tulis yang mencukupi semasa peperiksaan dijalankan.

Semoga kerjasama yang diberikan akan membantu anak tuan/puan meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan, terima kasih.

Ustazah Nurul



Monday, October 8, 2018

SAMBUTAN HARI ASYURA DAN REWANG BUBUR LAMBUK MUHIBBAH 2018


Sekalung Penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Sambutan hari Asyura dan Rewang Bubur Lambuk 2018

Tarikh 7 Oktober bersamaan 27 Muharram 1440H

Terima kasih kepada 

  • Puan Hjh Rosnah bt Jaafar, guru besar Satat
  • Guru-guru Satat
  • Barisan Ajk badan Kebajikan Satat
  • En Azman dan Para Sukarelawan dari Zon 3
  • Para ibu bapa yang menyumbang tenaga, masa dan dana
  • Para penyumbang yang dermawan
  • Serta anak-anak pelajar yang dikasihi dan dirahmati Allah
Maha Syukur sebanyak 5 periuk bubur lambuk dapat disiapkan dengan kerjasama semua. Semoga kita semua sentiasa sejahtera dan berbahgia.

Monday, October 1, 2018

VIDEO MAJLIS PERASMIAN SISTEM E KEHADIRAN DAN LAPORAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA TAMAN ANGGERIK TENGGARA


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA

Tuan Haji Anoar b Sarimin
Timb. Pengarah Pendidikan BPI JAINJ

Para tetamu kehormat 

Kospen, Aadk Kota Tinggi, Bomba Kota Tinggi
YPJ, Kolej Komuniti Tenggara, Pertubuhan Ikhmal Malaysia,

Guru-guru

AJK BKSA SATAT

Para penyumbang Cabutan Bertuah, hamper dan Gifts

Ibu bapa dan anak-anak Pelajar sekelian

PEPERIKSAAN UPKK DAN PERCUBAAN SDEA PELAJAR SATAT 2018

Image result for IMTIHAN NAJAH

Kepada semua IBU BAPA yang anaknya akan menduduki UPKK bermula hari ini 01/10/2018 hingga 04/10/2018, marilah kita mendoakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.


Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPKK

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Hari ini 01/10/18 hingga 04/10/2018 anak2   akan menduduki peperiksaan UPKK
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.    وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.