Kepada Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid-murid tahap 1 dan tahap 2 Sekolah Agama Taman Anggerik Tenggara sebagaimana ketetapan berikut:-
Tarikh : 21-25 Oktober 2018
Tahap 1 : Peperiksaan Tahap 1 dijalankan
Tahap 2 : Cuti
Tarikh : 28-31 Oktober 2018
Tahap 1 : Cuti
Tahap 2 : Peperiksaan Tahap 2 dijalankan
(Darjah 6 sekolah spt biasa)
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan bersama-sama membimbing dan membantu pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak tuan/puan. Selain itu, pihak kami juga berharap agar pihak tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah disamping membawa alat tulis yang mencukupi semasa peperiksaan dijalankan.
Semoga kerjasama yang diberikan akan membantu anak tuan/puan meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan, terima kasih.
Ustazah Nurul
No comments:
Post a Comment